Isnin, 20 April 2015 | 1:37am

F1: Hamilton menang lagi di Bahrain

PEMANDU F1 Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton menjulang trofi kemenangan apabila menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain, sebentar tadi. - Foto AFP
PEMANDU F1 Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton menjulang trofi kemenangan apabila menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain, sebentar tadi. - Foto AFP

MANAMA: Juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain, sebentar tadi untuk tahun kedua berturut-turut tatkala pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen kembali menaiki podium bagi menafikan kemenangan satu-dua Mercedes.

Hamilton yang bermula dari petak utama menamatkan perlumbaan waktu malam itu untuk kini cemerlang mendahului senarai kejuaraan menerusi tiga kemenangan daripada empat perlumbaan musim ini dan kemenangan ke-36 dalam kariernya.

Tidak seperti musim lalu apabila dia menewaskan rakan sepasukan di Mercedes, Nico Rosberg pada penamat yang sengit, Hamilton kali ini tidak mendapat ancaman hebat daripada pemandu Jerman itu yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang Raikkonen.

Selepas empat perlumbaan, Hamilton kini menjarakkan kedudukannya selaku pendahulu dengan kelebihan 27 mata berbanding Rosberg di kedudukan kedua. - Reuters

Keputusan GP Bahrain
1. Lewis Hamilton (GBR/Mercedes) 1 jam 35 min 05.809 saat
2. Kimi Raikkonen (FIN/Ferrari) ketinggalan 3.380 saat
3. Nico Rosberg (GER/Mercedes) 6.033
4. Valtteri Bottas (FIN/Williams) 42.957
5. Sebastian Vettel (GER/Ferrari) 43.989
6. Daniel Ricciardo (AUS/Red Bull) 1:01.751
7. Romain Grosjean (FRA/Lotus) 1:24.763
8. Sergio Perez (MEX/Force India) 1 pusingan
9. Daniil Kvyat (RUS/Red Bull) 1 pusingan
10. Felipe Massa (BRA/Williams) 1 pusingan
11. Fernando Alonso (ESP/McLaren) 1 pusingan
12. Felipe Nasr (BRA/Sauber AG) 1 pusingan
13. Nico Hulkenberg (GER/Force India) 1 pusingan
14. Marcus Ericsson (SWE/Sauber AG) 1 pusingan
15. Pastor Maldonado (VEN/Lotus) 1 pusingan
16. Will Stevens (GBR/Marussia) 2 pusingan
17. Roberto Merhi (ESP/Marussia) 3 pusingan

Kedudukan keseluruhan
1. Lewis Hamilton (GBR) 93 mata
2. Nico Rosberg (GER) 66
3. Sebastian Vettel (GER) 65
4. Kimi Raikkonen (FIN) 42
5. Felipe Massa (BRA) 31

Berita Harian X