Selasa, 2 Jun 2015 | 9:19pm

Sukan SEA: Keputusan separuh masa pertama

PEMAIN B-23 Malaysia, Matthew Thomas (tengah) diasak pemain Vietnam, Ho Ngoc Thang (kiri) ketika perlawanan Kumpulan B Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan, Singapura. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PEMAIN B-23 Malaysia, Matthew Thomas (tengah) diasak pemain Vietnam, Ho Ngoc Thang (kiri) ketika perlawanan Kumpulan B Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan, Singapura. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara berdepan tugas sukar apabila ketinggalan 2-0 bertemu Vietnam berakhir babak pertama perlawanan kedua Kumpulan B Sukan SEA Singapura, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Bishan itu, gol Vietnam dijaringkan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Mac Hong Quan pada minit ke-14.

Penalti kepada Vietnam berpunca daripada kekasaran yang dilakukan pertahanan negara, Amer Saidin terhadap Do Duy Manh di dalam kawasan penalti.

Ketika Malaysia rancak memburu jaringan penyamaan, kelemahan benteng pertahanan dimanfaat sepenuhnya Vietnam yang berjaya meledakkan gol kedua pada masa kecederaan menerusi Nguyen Cong Phuong.

Malaysia berjaya menang perlawanan pertama Kumpulan B dengan menundukkan Timor-Leste 1-0.

Vietnam pula menang besar 6-0 ke atas Brunei.

Kedudukan

- Malaysia 0 Vietnam 1 (Mac Hong Quan m14, Nguyen Cong Phuong m45+1)

Berita Harian X