Jumaat, 5 Jun 2015 | 6:17pm

Dollah lengkapkan senarai 23 pemain temu Hong Kong

DOLLAH (kiri) bersalaman dengan jurulatih Hong Kong, Kim Pangon sambil disaksikan Hamidin pada sidang media di Wisma FAM. - Foto Hasriyasyah Sabudin
DOLLAH (kiri) bersalaman dengan jurulatih Hong Kong, Kim Pangon sambil disaksikan Hamidin pada sidang media di Wisma FAM. - Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih negara, Dollah Salleh menggugurkan lapan pemain bagi melengkapkan senarai 23 pemain Malaysia menghadapi Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, esok.

Daripada senarai itu, dua pemain terpaksa dilepaskan akibat cedera iaitu Ronny Harun dan Norshahrul Idlan Talaha selain dua penjaga gol, Zamir Selamat dan Izham Tarmizi Roslan.

Empat pemain lain yang tidak tersenarai ialah Azmi Muslim, Christie Jayaseelan dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) S Chanthuru serta bekas kapten negara, Aidil Zafuan Abd Radzak.

Perlawanan menentang Hong Kong yang dinilai kelas A adalah sebagai persiapan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

Malaysia dijadual bertemu Timor Leste pada 11 Jun dan Palestin 16 Jun ini dengan kedua-dua perlawanan dijalankan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Dollah sebelum ini menyenaraikan 31 pemain untuk menyertai kem latihan kebangsaan.

Dalam pada itu, pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan pelantikan Datuk Mohamad Satim Diman sebagai penolong pengurus.

Senarai 23 skuad kebangsaan

PENJAGA GOL: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Khairul Azhan Khalid (Pahang), Farizal Marlias (JDT)

PERTAHANAN: Muslim Ahmad (PDRM), Afif Amiruddin (PDRM), Joseph Kalang Tie (Sarawak), Zubir Azmi (Terengganu), Fadhli Shas (JDT), Junior Eldstal (JDT), S Kunanlan (JDT), Mahalli Jasuli (JDT,

TENGAH: Yong Kuong Yong (Pulau Pinang), Nasir Basharuddin (Perak), Ahmad Syamim Yahya (FELDA), R Gopinathan (Pahang), Azammuddin Akil (Pahang), Safiq Rahim (JDT - kapten), Amri Yahyah (JDT)

PENYERANG: Ahmad Hazwan Bakri (Selangor), Afiq Azmi (Selangor), Indra Putra Mahayuddin (FELDA), Safee Sali (JDT), NazrinNawi (JDT).

Berita Harian X