Sabtu, 20 Jun 2015 | 10:55pm

F1 GP Austria: Hamilton sambar petak pertama

PEMANDU Mercedes, Lewis Hamilton diapit rakan sepasukan, Nico Rosberg (kiri) dan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel. - Foto EPA
PEMANDU Mercedes, Lewis Hamilton diapit rakan sepasukan, Nico Rosberg (kiri) dan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel. - Foto EPA

SPIELBERG, Austria: Juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menyambar petak pertama Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring sebentar tadi, manakala rakan sepasukannya dari Mercedes dan pencabar kejuaraan, Nico Rosberg di petak kedua.

Ia adalah petak pertama ketujuh dikuasai pelumba itu selepas lapan perlumbaan musim ini, dan ke-45 sepanjang kerjayanya.

Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel pula di petak ketiga manakala pelumba Brazil, Felipe Massa yang mewakili pasukan Williams, keempat.

Kedudukan petak pelumba pada final GP Austria di Litar Red Bull Ring esok

1. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes

2. Nico Rosberg (Jerman) Mercedes

3. Sebastian Vettel (Jerman) Ferrari

4. Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes

5. Nico Huelkenberg (Jerman) Force India - Mercedes

6. Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes

7. Max Verstappen (Belanda) Toro Rosso - Renault

8. Felipe Nasr (Brazil) Sauber - Ferrari

9. Romain Grosjean (Perancis) Lotus - Mercedes

10. Pastor Maldonado (Venezuela) Lotus - Mercedes

11. Marcus Ericsson (Sweden) Sauber - Ferrari

12. Carlos Sainz Jr (Sepanyol) Toro Rosso - Renault

13. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes

14. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari

15. Roberto Merhi (Sepanyol) Marussia - Ferrari

16. Will Stevens (Britain) Marussia - Ferrari

17. Daniil Kvyat (Russia) RedBull - Renault

18. Daniel Ricciardo (Australia) RedBull - Renault

19. Fernando Alonso (Sepanyol) McLaren

20. Jenson Button (Britain) McLaren

- AGENSI

Berita Harian X