Rabu, 29 Julai 2015 | 7:55pm

Platini sah akan rebut jawatan Presiden FIFA

PRESIDEN Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini. - Foto AFP
PRESIDEN Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini. - Foto AFP

PARIS: Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini akan bertanding bagi jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), umum badan induk bola sepak Eropah itu, hari ini.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi sama ada bekas pemain bola sepak Perancis itu akan bertanding atau tidak bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Sepp Blatter.

Platini, 60 disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk mengisi jawatan terbabit.

Pemilihan itu dijadualkan berlangsung pada kongres yang berlangsung pada 26 Februari, tahun depan.

Blatter mengumumkan akan melepaskan jawatan selaku presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) beberapa hari selepas dipilih semula buat penggal kelima pada Jun lalu.

Kes skandal rasuah terbesar yang membabitkan beberapa pegawai tertinggi FIFA dikatakan antara punca peletakan jawatannya. - AFP

Berita Harian X