Rabu, 12 Ogos 2015 | 10:50pm

Badminton Dunia: Regu V Shem-Wee Kiong buat kejutan besar

GOH V Shem (kanan) dan Tan Wee Kiong dari Malaysia selepas memenangi lelaki beregu di Kejohanan Dunia BWF 2015 menentang Ko Sung Hyun dan Shin Baek Choel dari Korea yang diadakan di Stadium Istora Senayan Badminton, Jakarta, Indonesia. - Foto Goh Thean Howe
GOH V Shem (kanan) dan Tan Wee Kiong dari Malaysia selepas memenangi lelaki beregu di Kejohanan Dunia BWF 2015 menentang Ko Sung Hyun dan Shin Baek Choel dari Korea yang diadakan di Stadium Istora Senayan Badminton, Jakarta, Indonesia. - Foto Goh Thean Howe

JAKARTA: Beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong melakar kejutan besar apabila menewaskan juara bertahan, Shin Baek Cheol-Ko Sung Hyun dari Korea Selatan 21-12, 21-15 dalam aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia, di sini, malam tadi.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan mereka melangkah ke pusingan ketiga dan akan membuat perhitungan dengan pilihan kesembilan dari China, Liu Xiaolong-Qiu Zihan, esok.

"Bukan mudah perlawanan tadi kerana kami bertemu juara bertahan dan sudah pasti kami perlu berjuang habis-habisan bagi mencatat kemenangan ke atas mereka.

"Namun, strategi permainan kami lebih menjadi dalam perlawanan ini dan itu yang membantu kami. Apa yang pasti tahap keyakinan kami meningkat selepas kejayaan ini bagi menghadapi aksi seterusnya," kata V Shem ketika ditemui sejurus tamat perlawanan sebentar tadi.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Xiaolong-Zihan, beregu nombor satu negara itu menyuarakan keyakinan mampu melakukan yang sama untuk menewaskan pilihan kesembilan berkenaan.

"Sebagai pasangan, kami belum pernah bertemu mereka. Begitupun, jika kami dapat mengekalkan rentak seperti hari ini (malam tadi), kami percaya kami boleh menang," katanya.

INFO

KEPUTUSAN

Pusingan kedua

Perseorangan lelaki:

Lee Chong Wei (MAS) mn

Marc Zwiebler (GER) 21-14, 17-21, 21-8

Zulfadli Zulkifli (MAS) mn Scot Evans (IRL) 21-16, 21-13

Beregu lelaki:

Goh V Shem- Tan Wee Kiong (MAS) mn Shin Baek Cheol-Ko Sung Hyun (KOR) 21-12, 21-15

Beregu wanita:

Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho (MAS) mn Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva (BUL) 21-17, 21-14

Joyce Choong Wai Chi-Yap Chen Wen (MAS) kk Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi (JPN) 10-21, 9-21

Lim Yin Loo-Lee Meng Yean (MAS) kk Nitya Krishinda Maheswari-Greysia Poli (INA) 21-17, 13-21, 11-21

Vivian Hoo-Woon Khe Wei (MAS) kk Naoko Fukuman-Kurumi Yanao (JPN) 13-21, 11-21

Berita Harian X