Sabtu, 29 Ogos 2015 | 11:01pm
PEMAIN Harimau Malaya, Ahmad Hazwan Bakri gagal membuat cubaan sepakan gol melepasi asakan dari pemain Bangladesh pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam. - Foto Hasriyasyah Sabudin
PEMAIN Harimau Malaya, Ahmad Hazwan Bakri gagal membuat cubaan sepakan gol melepasi asakan dari pemain Bangladesh pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Harimau Malaya terikat dengan Bangladesh dalam aksi persahabatan

SHAH ALAM: Perlawanan persahabatan antara skuad Harimau Malaya dengan Bangladesh di Stadium Shah Alam, di sini, sebentar berakhir dengan keputusan 0-0.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi berhati-hati sepanjang saingan selain menukar beberapa pemain dalam usaha mencari rentak dan keserasian.

Sebelum ini, Dollah Salleh dilapor mahu menggunakan perlawanan persahabatan ini untuk membuka lembaran baharu dalam usaha pasukannya bangkit selepas tewas 6-0 oleh Palestin pada Jun lalu.

Keputusan itu bagaimanapun sedikit sebanyak memberi peluang kepada Dollah untuk mengenalpasti keupayaan anak buahnya sebelum beraksi menentang Emeriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis ini dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.

Malaysia ketika ini ditangga ke-168 ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) manakala Bangladesh ke-170.

Berita Harian X