X
Ahad, 30 Ogos 2015 | 12:57am

Olahraga Dunia: Perak Amerika Syarikat acara 4x100m lari berganti-ganti lelaki ditarik balik

PASUKAN kuartet Amerika Syarikat pada acara 4x100 berpasukan lari berganti-ganti, (dari kiri) Mike Rodgers, Justin Gatlin, Trayvon Bromell dan Tyson Gay. - Foto AP
PASUKAN kuartet Amerika Syarikat pada acara 4x100 berpasukan lari berganti-ganti, (dari kiri) Mike Rodgers, Justin Gatlin, Trayvon Bromell dan Tyson Gay. - Foto AP

BEIJING: Kemenangan pingat perak kuartet Amerika Syarikat pada acara 4x100 berpasukan lari berganti-ganti lelaki pada Kejohanan Olahraga Dunia, di sini, ditarik balik, sebentar tadi.

Keputusan itu dibuat selepas pertukaran baton terakhir pasukan berkenaan didapati berada di luar zon dibenarkan.

Berikutan itu, pingat perak diberikan kepada pasukan China yang menduduki ketiga sebelumnya, manakala gangsa kepada Kanada yang berada di tangga keempat pada saingan final di Stadium Sarang Burung itu. - AP

Berita Harian X