Ahad, 30 Ogos 2015 | 1:27am

EPL: Pertahanan United dipinjamkan ke Celtic

Tyler Blackett. - Foto Reuters
Tyler Blackett. - Foto Reuters

LONDON: Celtic mengikat pemain Manchester United, Tyler Blackett secara pinjaman untuk semusim, umum juara Liga Scotland itu hari ini.

Pemain pertahanan itu, sebelum ini dipinjamkan kepada pasukan liga bawahan Inggeris, Blackpool dan Birmingham.

Dia dikaitkan untuk menggantikan Virgil van Dijk, yang dijangka berpindah ke Southampton.

Blackett yang juga pemain England B-21, diperkenalkan kepada penyokong Celtic buat pertama kalinya ketika pasukan itu bertemu Glasgow sebentar tadi. - AFP

Berita Harian X