Sabtu, 5 September 2015 | 1:09pm

Kapten futsal Pulau Pinang maut nahas motosikal

KEPALA BATAS: Kapten pasukan futsal Pulau Pinang maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dalam kejadian kemalangan di Jalan Lahar Kepar, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Sofyan Ismail, 34, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB).

Jurucakap polis berkata, motosikal yang ditunggangi mangsa terbabas sebelum terjatuh di kiri jalan.

"Mangsa yang bekerja sebagai kerani bank dipercayai dalam perjalanan dari Penaga di sini, menuju ke Sungai Petani.

"Mangsa yang cedera dihantar ke HKB dan meninggal dunia di wad kecemasan hospital kira-kira dua jam kemudian," katanya.

Berita Harian X