Jumaat, 6 November 2015 | 8:06pm
SEBAHAGIAN daripada ahli Pasukan Kriket Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) atau Royal Malaysian Air Force (RMAF Hawk) yang akan berangkat ke Canberra Australia bagi menyertai Kejohanan International Defence Cricket Challenge 2015 (IDCC) selepas sidang media di Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang. - Foto Muhammad Sulaiman

RMAF Hawks azam rampas kejuaraan IDCC di Australia

TIMBALAN Panglima Tentera Udara merangkap Pengerusi Sukan Tentera Udara Diraja Malaysia, Lefternan Jeneral Datuk Seri, Affendi Buang (kanan) beramah mesra bersama Pasukan Kriket Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) atau Royal Malaysian Air Force (RMAF Hawk) yang akan berangkat ke Canberra Australia bagi menyertai Kejohanan International Defence Cricket Challenge 2015 (IDCC) selepas sidang media di Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang. - Foto Muhammad Sulaiman

PETALING JAYA: Tujuh pemain kebangsaan akan memperkuatkan cabaran skuad Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Cabaran Kriket Pertahanan Antarabangsa 2015 (IDCC'15) di Australia pertengahan bulan ini.

Mereka adalah Mohd Anwar Arudin, Mohd Shukri Abd Rahim, Mohamad Norwira Zazmie Abdul Halim, Abdul Rashid Ahad, Mohd Suharril Fetri Shuib, Syazrul Ezat Idrus dan Muhamad Wafiq Irfan Zamani.

Timbalan Panglima TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Affandi Buang berkata tujuh pemain itu akan disertai 13 pemain lain untuk kejohanan di Canberra itu dari 14 hingga 30 November ini.

Beliau berharap pasukan TUDM yang dikenali sebagai RMAF Hawks dapat mengulangi pencapaian menjuarai kejohanan itu seperti yang dilakukan pada edisi pertama pada 2009.

"Selain bertanding, kejohanan itu secara tidak langsung dapat mewujudkan hubungan diplomatik melalui sukan di antara TUDM dan pasukan lain serta memberi pendedahan berguna kepada pemain beraksi di peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Affandi berkata RMAF Hawks bersemangat tinggi untuk merampas kembali Piala IDCC selepas dikecewakan Angkatan Bersenjata Pakistan di perlawanan akhir edisi 2012.

Selain RMAF Hawks, kejohanan secara liga sepusingan yang diadakan tiga tahun sekali itu turut disertai Tentera Laut Diraja Australia, Tentera Darat Australia, Tentera Udara Diraja Australia, Tentera Darat New Zealand, Tentera Udara Diraja New Zealand, Tentera Laut Pakistan dan Fiji.

- BERNAMA

Berita Harian X