Ahad, 3 Januari 2016 | 9:33pm

Momota kagumi semangat juang Chong Wei

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei . - Foto Hasriyasyah Sabudin
JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei . - Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Peluang jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei melakar kejayaan di Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, Ogos ini cerah selepas bekas pemain nombor satu dunia itu mempamerkan kebangkitan cemerlang selepas menjalani penggantungan.

Semangat yang dijelmakan pemain berpengalaman itu cukup mengkagumkan pemain lebih muda dan saingan pastinya tidak tertumpu kepada pemain dari China semata-mata.

Ia diakui sendiri oleh jaguh badminton Jepun yang juga pemain nombor tiga dunia, Kento Momota sambil mengakui cukup menghormati corak permainan yang dipamerkan pemenang pingat perak Sukan Olimpik London 2012 itu.

"Untuk tahun baharu ini, saya meletakkan impian memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik. Tetapi tentunya Chong Wei antara pencabar utama.

"Saya cukup menghormatinya. Dia (Chong Wei) antara pemain yang perlu ditewaskan. Jadi saya akan tampil sebaik mungkin untuk merealisasikan impian itu," katanya pada program Meet and Greet Kento Momota sempena kempen Smash Bonus AEON Credit, di sini, malam ini.

JAGUH badminton Jepun yang juga pemain nombor tiga dunia, Kento Momota. - Foto Hasriyasyah Sabudin
JAGUH badminton Jepun yang juga pemain nombor tiga dunia, Kento Momota. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Berita Harian X