X
Selasa, 19 Januari 2016 | 7:33pm

Simona Halep pulang awal Terbuka Australia

SIMONA Halep meninggalkan Margaret Court Arena selepas tewas kepada Zhang Shuai sebentar tadi. - Foto Reuters
SIMONA Halep meninggalkan Margaret Court Arena selepas tewas kepada Zhang Shuai sebentar tadi. - Foto Reuters

MELBOURNE: Pemain pilihan kedua, Simona Halep tersingkir daripada pusingan pertama Terbuka Australia di tangan pemain kelayakan dari China, Zhang Shuai, sebentar tadi, apabila tewas 6-4 6-3 di tangan pemain nombor 133 dunia itu.

Pemain berusia 24 tahun dari Romania itu yang datang ke Melbourne ketika sedang menjalani pemulihan daripada kecederaan dan demam, meninggalkan Margaret Court Arena sambil menangis selepas kekalahan mengejut itu.

Zhang juga menangis selepas mengesahkan kemenangan pertama dalam kejohanan perseorangan grand slam dalam cubaan ke-15 selepas memastikan kemenangan dalam masa 78 minit.

"Saya sangat teruja dan gembira. Saya berterima kasih kepada jurulatih dan ibu bapa yang memberikan sokongan kepada saya. Saya rasa hari ini adalah saat terbaik saya," kata Zhang. - REUTERS

Berita Harian X