Sabtu, 23 Januari 2016 | 9:55am

2 gol Lewandowski bantu Bayern atasi Hamburg

ROBERT Lewandowski (kanan) meraikan jaringan ketika beraksi menentang Hamburg di Hamburg, Jerman, awal padi tadi. - Foto EPA
ROBERT Lewandowski (kanan) meraikan jaringan ketika beraksi menentang Hamburg di Hamburg, Jerman, awal padi tadi. - Foto EPA

BERLIN: Kelab Bayern Munich memulakan pusingan kedua Bundesliga dengan mengatasi Hamburg 2-1 hasil dua jaringan Robert Lewandowski untuk memastikan kelebihan 11 mata di puncak liga.

Bayern memburu gelaran keempat ketika pengendalinya, Pep Guardiola bakal meninggalkan kelab itu Mei ini manakala pasukan tangga kedua, Borussia Dortmund hanya akan turun beraksi menentang Borussia Moenchgladbach, awal pagi ini.

"Ia cukup penting buat kami untuk memulakan tahun ini dengan kemenangan," kata pemain sayap Bayern, Arjen Robben.

Dua jaringan itu memastikan Lewandowski memastikan gol ke 17 musim ini dalam semua 25 perlawanan tetapi jurulatih Hamburg, Bruno Labbadia nyata kurang gembira dengan keputusan itu.

"Ia cukup membuatkan kamu 'muntah'. Kami melepaskan gol mudah dan ia begitu menjengkelkan," kata Labbadia.

"Kami tidak membenarkan mereka mencipta peluang di babak pertama tetapi jaringan kedua membuatkan kami sukar." AFP

Berita Harian X