Isnin, 25 Januari 2016 | 6:50pm

Terbuka Australia: Konta akhiri kemarau 33 tahun Britain

AKSI Johanna Konta dari Britain ketika menentang Ekaterina makarova dari Russia, pada Terbuka Australia sebentar tadi. - Foto EPA
AKSI Johanna Konta dari Britain ketika menentang Ekaterina makarova dari Russia, pada Terbuka Australia sebentar tadi. - Foto EPA

MELBOURNE: Pemain Britain, Johanna Konta mara ke suku akhir Terbuka Australia selepas menewaskan Ekaterina Makarova dari Russia, sebentar tadi.

Kemenangan Konta 4-6, 6-4, 8-6 ke atas pemain pilihan ke-21 itu menjadikan dirinya sebagai pemain perseorangan wanita Britain pertama yang mara ke kelompok lapan terbaik Terbuka Australia sejak 1983.

Konta yang berada di ranking ke-47 dunia menewaskan lawannya dalam tempoh tiga jam empat minit dan dijadual berdepan sama ada pemain Amerika Syarikat, Madison Keys atau Zhang Shuai di suku akhir. - Agensi

Berita Harian X