Rabu, 27 Januari 2016 | 11:22am

Terbuka Australia: Kerber kejutkan Azarenka

PEMAIN Jerman, Angelique Kerber . - Foto EPA
PEMAIN Jerman, Angelique Kerber . - Foto EPA

MELBOURNE: Pemain Jerman, Angelique Kerber memastikan slot separuh akhir Terbuka Australia selepas menumpaskan Victoria Azarenka 6-3, 6-5 dalam saingan suku akhir, di sini sebentar tadi.

Di separuh akhir nanti, pilihan ketujuh kejohanan itu menanti pemenang perlawanan antara Johanna Konta dari Britain dan pemain China, Shuai Zhang.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, bakal menemukan pilihan utama kejohanan, Serena Williams dan Agnieszka Radwanska. - AGENSI

Berita Harian X