Khamis, 28 Januari 2016 | 3:19pm

Pasukan negara tamatkan saingan di Piala Monsun

HAZWAN Hazim Dermawan. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
HAZWAN Hazim Dermawan. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

JOHOR BAHRU: Pasukan pelayar negara, HazOne Racing, menamatkan saingan dalam kejohanan Piala Monsun, dengan menduduki tempat ke-12.

Pasukan yang diketuai jurumudi, Hazwan Hazim Dermawan itu menduduki tempat terakhir selepas gagal mengutip sebarang mata dalam baki tiga perlumbaan pada hari terakhir saingan kelayakan, hari ini.

Hazwan yang memberi saingan dalam 11 perlumbaan peringkat kelayakan hanya memenangi dua daripadanya dan kalah dalam sembilan lagi perlawanan.

HAZWAN (kanan) bersama kru pasukan kecewa selepas tewas kepada pasukan Trefor Match Racing di kejohanan Piala Monsun di Puteri Harbour Marina, Iskandar Puteri, hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
HAZWAN (kanan) bersama kru pasukan kecewa selepas tewas kepada pasukan Trefor Match Racing di kejohanan Piala Monsun di Puteri Harbour Marina, Iskandar Puteri, hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

PASUKAN HazOne Racing bersaing dengan pasukan Trefor Match Racing di kejohanan Piala Monsun di Puteri Harbour Marina, Iskandar Puteri, hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PASUKAN HazOne Racing bersaing dengan pasukan Trefor Match Racing di kejohanan Piala Monsun di Puteri Harbour Marina, Iskandar Puteri, hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Dua lagi pasukan yang menamatkan saingan pada kejohanan itu adalah Team Red Dot dari Singapura dan Corbett Racing (New Zealand), masing-masing memungut dua dan tiga mata.

Petang ini, pasukan nombor empat dunia Kejohanan Perlumbaan Jelajah Dunia (WMRT), Black Swan Racing dari Australia berentap dengan WAKA Racing dari New Zealand bagi menempah tempat ke saingan suku akhir, esok.

Berita Harian X