Jumaat, 29 Januari 2016 | 5:04pm

Piala Monsun: Swinton tersingkir, 8 pasukan berentap di suku akhir

JOHOR BAHRU: Pelayar pilihan yang juga tempat keempat dunia dari Australia, Keith Swinton tersingkir dari kejohanan Piala Monsun Malaysia di Puteri Harbour, Iskandar Puteri di sini.

Swinton, dari pasukan Black Swan Racing pulang awal selepas gagal mencatatkan kemenangan dalam baki dua perlumbaan saingan kelayakan pagi tadi.

Selesai saingan kelayakan menyaksikan lapan pasukan mara ke peringkat suku akhir yang dijangka memulakan perlumbaan petang ini.

Perlawanan suku akhir pertama menyaksikan peserta baharu, Nicolai Sehested daripada pasukan TREFOR Match Racing menentang pelayar nombor dua dunia, Bjorn Hansen daripada pasukan Nautiska Racing (Sweden).

Pasukan WAKA Racing dari New Zealand pula akan bertemu pasukan Team Sailbox yang diketuai jurumudi Eric Monnin, diikuti perlawanan Aschenbrenner Racing Team menentang pasukan juara dunia, GAC Pindar.

Pada perlumbaan keempat menyaksikan pelayar nombor tiga dunia, Taylor Canfield dari US Virgin Islands akan bertemu Johnie Berntsson daripada pasukan Berntsson Sailing Team.

Berita Harian X