Sabtu, 30 Januari 2016 | 5:48pm

Piala Monsun: William rangkul gelaran juara

GAMBAR fail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
GAMBAR fail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

JOHOR BAHRU: Jurumudi dari Great Britain, Ian Williams, beraksi cemerlang selepas menang tiga perlumbaan saingan akhir Piala Monsun Malaysia bagi merangkul gelaran juara dunia buat kali keenam berturut-turut.

Williams dari pasukan GAC Pindar menewaskan jurumudi nombor dua dunia, Taylor Canfield dari pasukan US One menerusi tiga daripada lima perlumbaan saingan akhir yang tamat kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Williams membawa pulang wang tunai RM310,000 bersama trofi Tunku Laksamana Johor bagi Piala Monsun, selain wang tunai berjumlah RM332,000 serta trofi selaku juara WMRT.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dijangka menyempurnakan acara penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang dan peserta Piala Monsun Malaysia di Puteri Harbour Marina, Iskandar Puteri di sini, petang ini.

AHLI pasukan GAC Pindar bersama trofi yang dimenangi. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
AHLI pasukan GAC Pindar bersama trofi yang dimenangi. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Piala Monsun Malaysia 2015/2016 kini memasuki tahun ke-11 penganjuran dan kali kedua diadakan di Johor yang turut mempamerkan aksi wakil negara, Hazwan Hazim Dermawan, daripada pasukan Hazone Racing.

Perlumbaan akhir kejohanan turut mendapat liputan lebih 180 negara seluruh dunia yang menyiarkannya secara langsung.

Berita Harian X