Ahad, 7 Februari 2016 | 6:30pm

Malaysia raih 4 emas di Regata Antarabangsa Qatar 2016

LANGKAWI: Skuad pelayaran Malaysia memperolehi empat pingat emas di Regata Antarabangsa Qatar, yang berakhir semalam.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA), Mohd Afendy Abdullah, berkata kejayaan itu diperolehi menerusi ketua pasukannya, Khairul Nizam Mohd Afendy dalam acara Laser Standard, Asri Azmi (Laser Radial), Muhammad Izzudin Abdul Rani (Optimis) dan gandingan Asmawi Azman dan Al-Yauma Akma Zulkifeli dalam acara Laser 4.7.

Beliau berkata, kejohanan seminggu itu turut menyaksikan pasukan negara, yang diwakili oleh 10 pelayar, memenangi tiga pingat perak dan satu gangsa.

"Ini adalah pencapaian yang cemerlang untuk pasukan kita dalam satu lagi acara antarabangsa," katanya, hari ini. BERNAMA

Berita Harian X