Jumaat, 12 Februari 2016 | 9:55pm

Lavezzi tolak Chelsea, Inter sertai kelab China

PENYERANG Paris Saint Germain (PSG), Ezequiel Lavezzi. - Sumber dailymail.co.uk
PENYERANG Paris Saint Germain (PSG), Ezequiel Lavezzi. - Sumber dailymail.co.uk

PARIS: Pemain yang menjadi sasaran Chelsea, Ezequiel Lavezzi sudah bersetuju untuk menyertai pasukan Liga Super China, Hebei Fortune dengan bayaran gaji dua musimnya berjumlah 23.5 juta pound (RM124 juta) selepas ditolak cukai.

Penyerang Paris Saint Germain (PSG) berusia 30 tahun itu bakal menamatkan kontraknya bersama pasukan Ligue 1 itu pada hujung musim ini.

Dan ejennya sudah bertemu dengan Chelsea, Inter Milan dan Juventus namun satu lagi kelab yang beraksi di Liga Super China, Shanghai Shenhua menyangka mereka sudah berjaya mendapatkan khidmat pemain Argentina itu, Selasa lalu.

Lavezzi akan memperoleh gaji sebanyak 10.2 juta pound (RM61 juta) pada musim pertamanya dengan Hebei yang turut menandatangani Gervinho daripada AS Roma dengan gajinya bakal dinaikkan pada musim keduanya.

Bekas pemain Napoli itu berpeluang beraksi untuk menentang Marseille minggu lalu, namun dia tidak menyertai rakannya bagi membolehkan pasukannya menyelesaikan urusan perpindahannya itu.

Ketika Lavezzi bakal meninggalkan ibu kota Paris itu, Zlatan Ibrahimovich pula menolak tawaran Shanghai Shenhua yang sedang mengintai peluang untuk membawa bintang Sweden itu menyertai mereka.

Lavezzi adalah antara kelompok pemain ternama yang menyertai Liga Super China seperti Alex Teixeira, Jackson Martinez, Ramires dan juga Tim Cahill.

- Agensi

Berita Harian X