Sabtu, 27 Februari 2016 | 8:22am
PEMAIN Hertha Berlin, Mitchell Weiser (dua dari kanan) menghalang pemain Cologne, Mergim Mavraj (kanan) pada aksi perlawanan Bundesliga, malam tadi. - Foto EPA
PEMAIN Hertha Berlin, Mitchell Weiser (dua dari kanan) menghalang pemain Cologne, Mergim Mavraj (kanan) pada aksi perlawanan Bundesliga, malam tadi. - Foto EPA

Hertha kukuh kedudukan saingan Bundesliga

BERLIN: Hertha Berlin mengukuhkan kedudukannya di tangga ketiga saingan Bundesliga apabila mencatat kemenangan 1-0 di Cologne, malam tadi.

Pasukan pelawat turun dengan kemarau lima perlawanan tanpa kemenangan tetapi penyerang Bosnia Vedad Ibisevic mencetak jaringan dua minit sebelum berakhir babak pertama untuk menghadiahkan skuad kendalian Pal Dardai kejayaan pertama pada tahun 2016.

Hertha melebarkan jarak empat mata ke atas pasukan tangga keempat Bayer Leverkusan, manakala Cologne kekal di tangga kesembilan selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut.

Peneraju Bayern Munich berkunjung ke Wolfsburg malam ini, manakala Borussia Dortmund yang ketinggalan lapan mata kepada skuad bimbingan Pep Guardiola menjadi tuan rumah kepada Hoffenheim esok. - AFP

Berita Harian X