Jumaat, 4 March 2016 | 5:02pm
AKSI Muhamad Zaqhwan (kanan) pada pusingan akhir Kejuaraan PETRONAS Cub Prix kategori CP130 di Kangar, tahun lalu. - Foto Eizairi Shamsudin
AKSI Muhamad Zaqhwan (kanan) pada pusingan akhir Kejuaraan PETRONAS Cub Prix kategori CP130 di Kangar, tahun lalu. - Foto Eizairi Shamsudin

Pelumba Cub Prix kelahiran Selangor dapat penghargaan

KAJANG: Kerajaan negeri Selangor memberi penghargaan kepada pelumba kelahiran negeri itu yang akan bersaing pada Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia di Tapak Ekspo pertanian Malaysia Serdang, dekat sini, pada 12 dan 13 Mac ini.

Antaranya adalah bekas juara kelas CP130, Muhamad Zaqhwan Zaidi, Sasitharen Sukumaran dari pasukan dari pasukan Givi Honda Yuzy Racing, Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) dan Mohamad Affendi Rosli (PETRONAS Yamaha-CKJ).

Anugerah penghargaan khas pula diberikan kepada bekas pelumba negara saingan Moto2 Kejuaraan Motosikal Dunia, Azlan Shah Kamaruzaman dan pemilik pasukan Yamaha YY Pang Racing, Pang Yoke You atas sumbangan mereka terhadap perkembangan sukan permotoran di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan negeri, Amiruddin Shari hadir menyampaikan anugerah berkenaan.

"Kira-kira 39 peratus pelumba dalam kelas terbuka di Kejuaraan Cub Prix ini berasal dari Selangor dan ramai antara mereka pernah bergelar juara keseluruhan.

"Ada juga antara mereka yang memenangi gelaran di peringkat Kejuaraan Asia. Mereka berjaya mengharumkan nama negeri Selangor dan negara di peringkat antarabangsa," katanya.

Berita Harian X