Jumaat, 18 March 2016 | 8:33am

3 kelab Sepanyol mara suku akhir Liga Europa

PEMAIN Sevilla, Kevin Gameiro (tengah) meraikan jaringannya dalam perlawanan menentang Basel di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Seville, awal pagi tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Sevilla, Kevin Gameiro (tengah) meraikan jaringannya dalam perlawanan menentang Basel di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Seville, awal pagi tadi. - Foto Reuters

PARIS: Tiga kelab Sepanyol termasuk juara bertahan, Sevilla antara lapan pasukan yang mara ke saingan suku akhir Liga Europa bagi musim ini.

Dua lagi adalah Athletic Bilbao dan Villarreal.

Turut menyertai kelab berkenaan adalah Borussia Dortmund dari Jerman, Liverpool (England), Braga (Portugal), Shakhtar Donetsk (Ukraine) dan Sparta Prague (Republik Czech)

Saingan peringkat 16 pasukan terbaik berlangsung malam tadi.

Proses undian dijadual diadakan hari ini pada jam 7 malam waktu Malaysia, serentak undian saingan Liga Juara-Juara - AFP

Berita Harian X