Sabtu, 19 March 2016 | 12:54pm
PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton ketika sesi ujian ketiga Grand Prix Australia di Litar Albert Park, Melbourne, hari ini. - Foto AP
PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton ketika sesi ujian ketiga Grand Prix Australia di Litar Albert Park, Melbourne, hari ini. - Foto AP

F1: Hamilton terpantas sesi ujian ketiga

MELBOURNE: Juara dunia Formula Satu (F1) dari Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton mengungguli sesi ujian bebas ketiga Grand Prix Australia selepas mencatat masa terpantas, sebentar tadi.

Pelumba kelahiran Britain itu melakukan catatan 1 minit 25.624 saat, kelebihan 0.176 saat di depan rakan sepasukannya, Nico Rosberg pada aksi di Litar Albert Park, di sini.

Juara dunia empat kali, Sebastian Vettel ketiga terpantas bersama jentera Ferrari selepas melakukan 1:25.852 saat diikuti pelumba Toro Rosso, Carlos Sainz, keempat.

Berbeza daripada kedua-dua sesi latihan bebas semalam dihimpit masalah hujan, kesemua 22 jentera yang beraksi pada musim ini melakukan ujian di litar kering.

Begitupun, keadaan yang dilihat sempurna itu tidak menghalang insiden daripada berlaku.

Pelumba baharu Indonesia, Rio Haryanto yang membuat penampilan sulung di perlumbaan berprestij itu bersama pasukan Manor Racing melanggar jentera pelumba Haas-Ferrari, Romain Grosjean di kawasan hentian pit.

Insiden itu memaksa Grosjean membuat penukaran di bahagian depan jenteranya sebelum kembali ke litar dan mencatatkan masa ke-19 terpantas.

Haryanto yang juga pelumba pertama F1 dari Indonesia pula tercorot selepas masa yang dicatatkannya lebih tiga saat berbanding masa dilakukan Hamilton.

Bekas juara dunia, Kimi Raikkonen kelima terpantas bersama Ferrari diikuti pelumba Toro Rosso, Max Verstappen keenam. - AFP

Keputusan ujian masa ketiga GP Australia

1. Lewis Hamilton (GBR) Mercedes 1 minit 25.624 saat

2. Nico Rosberg (GER) Mercedes 1:25.800

3. Sebastian Vettel (GER) Ferrari 1:25.852

4. Carlos Sainz Jr (ESP) Scuderia Toro Rosso 1:26.257

5. Kimi Raikkonen (FIN) Ferrari 1:26.435

6. Max Verstappen (NED) Scuderia Toro Rosso 1:26.701

7. Valtteri Bottas (FIN) Williams 1:26.730

8. Daniel Ricciardo (AUS) Red Bull 1:26.768

9. Felipe Massa (BRA) Williams 1:27.151

10. Sergio Perez (MEX) Force India 1:27.242

11. Fernando Alonso (ESP) McLaren 1:27.263

12. Jenson Button (GBR) McLaren 1:27.3411

13. Daniil Kvyat (RUS) Red Bull 1:27.430

14. Marcus Ericsson (SWE) Sauber AG 1:27.659

15. Kevin Magnussen (DEN) Renault 1:27.871

16. Nico Hülkenberg (GER) Force India 1:27.988

17. Jolyon Palmer (GBR) Renault 1:28.117

18. Esteban Gutierrez (MEX) Haas F1 Team 1:28.284

19. Romain Grosjean (FRA) Haas F1 Team 1:28.292

20. Felipe Nasr (BRA) Sauber AG 1:28.293

21. Pascal Wehrlein (GER) Manor Racing 1:29.046

22. Rio Haryanto (INA) Manor Racing 1:29.272

Berita Harian X