Jumaat, 25 March 2016 | 11:46am

30 pemain hoki disenarai kem skuad bawah 16

KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) semalam mengumumkan seramai 30 pelatih lelaki dan perempuan terpilih menyertai kem latihan kebangsaan bawah 16 yang akan berpangkalan di Ipoh, Perak bermula 12 hingga 17 April.

Mereka ini terpilih selepas berjaya memikat hati panel pemilihan pada Kejohanan Kebangsaan 1MAS-Milo Bawah-16 di yang berakhir di Stadium Hoki Kuala Lumpur, Lembah Pantai baru-baru ini.

Panel juri ini terdiri daripada ketua jurulatih skuad Projek 2020 Nor Saiful Zaini Nasruddin dan pengarah pembangunan 1MAS Tai Beng Hai bagi lelaki, manakala Yahya Atan dan A Kanagi (perempuan)

Berikut Senarai 30 Pelatih: Penjaga Gol: Syed Lokman Abdullah (Johor), Hamiz Mohd Ahir (Pahang), Raimi Abdul Latif (Pulau Pinang), Danial Ahmad Kuzairi (Perak), Muhd Helmi Muhammad Fazli (Selangor)

Pertahanan: Mohd Kamarulzaman Kamaruddin (Johor), Muhd Zulfitri Md Zin (Kelantan), Muhd Hafiz Zauri (Pahang), Arif Syafie Ishak (Pahang), Faiz Danial Mohd Noor (Pulau Pinang), Solehuddin Yuzaidi (Pulau Pinang), Hasdar Haruna (Sabah), Clement Tsai Kien Bin (Sabah)

Tengah: Krishanraj Singh (Johor), Pavandip Singh (KL), Amirul Hamizan Azhar (Pulau Pinang), Akram Hakkam Jamaluddin (Perak), Granson Noel Goden, Muhd Faiz Aiman Aseri (Sabah), Muhd Zafri Afiq Nor Azlan (Selangor), Syarman Mat Tee (Terengganu)

Penyerang: Mohd Haridzmi Shah Nizam (Johor), Muhd Noor Firdaus Rosdi (Kelantan), Amirul Syukri Nazaruddin (Melaka), Muhibuddin Moharam (Melaka), Syamin Naim Abd Hamid (Pahang), Hafizal Halmi (Perak), Mohd Saifuddin Azli (Sabah), Muhd Halif Mohd Fadzly (Selangor), Mohd Akhimullah Anuar (Terengganu).

Berita Harian X