Sabtu, 16 April 2016 | 6:40pm

Rosberg raih petak pertama GP China

Pemandu Mercedes, Nico Rosberg dari Jerman (tengah), sebelah pemandu Red Bull Daniel Ricciardo Australia (kiri), dan pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen dari Finland, selepas sesi kelayakan untuk Formula Cina One Grand Prix di Litar Antarabangsa Shanghai di Shanghai, China. - Foto AP
Pemandu Mercedes, Nico Rosberg dari Jerman (tengah), sebelah pemandu Red Bull Daniel Ricciardo Australia (kiri), dan pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen dari Finland, selepas sesi kelayakan untuk Formula Cina One Grand Prix di Litar Antarabangsa Shanghai di Shanghai, China. - Foto AP

SHANGHAI: Pelumba Jerman, Nico Rosberg mengatasi pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo untuk menawan petak depan pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) China, di sini, sebentar tadi.

Rosberg yang juga pemenang dua perlumbaan pertama musim ini, merakam masa terpantas sepusingan iaitu satu minit 35.402s, setengah saat lebih pantas berbanding pencabar dari Australia itu.

Kimi Raikkonen dari Ferrari akan memulakan perlumbaan esok daripada petak ketiga, manakala rakan sepasukannya dan juara empat kali dunia, Sebastian Vettel di petak keempat.

Juara bertahan, Lewis Hamilton, yang menerima hukuman lima grid kerana menukar kotak gear, akan memulakan perlumbaan dari petak paling belakang selepas gagal menyertai sesi kelayakan berikutan masalah enjin. - REUTERS

Keputusan:

1. Nico Rosberg (Germany) Mercedes

2. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull

3. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari

4. Sebastian Vettel (Germany) Ferrari

5. Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes

6. Daniil Kvyat (Russia) Red Bull

7. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes

8. Carlos Sainz Jr (Spain) Toro Rosso - Ferrari

9. Max Verstappen (Netherlands) Toro Rosso - Ferrari

10. Nico Huelkenberg (Germany) Force India - Mercedes

11. Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes

12. Fernando Alonso (Spain) McLaren

13. Jenson Button (Britain) McLaren

14. Romain Grosjean (France) Haas - Ferrari

15. Marcus Ericsson (Sweden) Sauber - Ferrari

16. Felipe Nasr (Brazil) Sauber - Ferrari

17. Kevin Magnussen (Denmark) Renault

18. Esteban Gutierrez (Mexico) Haas - Ferrari

19. Jolyon Palmer (Britain) Renault

20. Rio Haryanto (Indonesia) Manor - Mercedes

21. Pascal Wehrlein (Germany) Manor - Mercedes

22. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes

Berita Harian X