Ahad, 17 April 2016 | 10:59pm

Leicester, West Ham terikat, Liverpool ceria

PENYERANG Leicester City, Jamie Vardy (kiri) diasak pemain West Ham United, Angelo Ogbonna pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, malam ini. - Foto AP
PENYERANG Leicester City, Jamie Vardy (kiri) diasak pemain West Ham United, Angelo Ogbonna pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, malam ini. - Foto AP

LEICESTER: Laluan pendahulu Liga Perdana Ingeris, Leicester City untuk meraih mahkota kejuaraan sedikit tersekat selepas seri 2-2 berdepan West Ham dengan penjaring utama mereka, Jamie Vardy dibuang padang dalam saingan di Stadium King Power sebentar tadi.

Gol tuan rumah dijaringkan Vardy pada minit ke-18 apabila menerima umpanan menerusi satu serangan balas pantas sebelum meledak ke sebelah kanan gawang West Ham.

Skuad The Hammers menyamakan kedudukan menerusi penalti Andy Carroll pada minit ke-83 sebelum Aaron Cresswell menjaringkan gol kedua pada minit ke-86.

Leonardo Ulloa menjadi penyelamat Leicester menerusi penalti pada penamat permainan.

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp (kiri) memeluk anak buahnya selepas pasukannya berjaya mengutip tiga mata selepas tewaskan Bournemouth 2-1 di Stadium Vitality, malam ini. - foto AFP
PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp (kiri) memeluk anak buahnya selepas pasukannya berjaya mengutip tiga mata selepas tewaskan Bournemouth 2-1 di Stadium Vitality, malam ini. - foto AFP

Sementara itu, dua gol dalam tempoh empat minit perlawanan membantu Liverpool menumpaskan Bournemouth 2-1.

Roberto Firmino menjaringkan gol pertama pada minit ke-41 sebelum Daniel Sturridge menanduk ke gawang sejurus sebelum rehat.

Gol sagu hati Bournemouth dijaringkan Joshua King pada minit terakhir perlawanan. - AGENSI

Berita Harian X