Ahad, 1 Mei 2016 | 10:14pm

F1: Rosberg kuasai GP Russia, Hamilton kedua

NICO Rosberg meraikan kejuaraannya pada Grand Prix (GP) Russia, sebentar tadi. - Foto Reuters
NICO Rosberg meraikan kejuaraannya pada Grand Prix (GP) Russia, sebentar tadi. - Foto Reuters

SOCHI, RUSSIA: Pendahulu Formula One, Nico Rosberg mencatat kemenangan ketujuh berturut-turut di Grand Prix (GP) Russia, sebentar tadi dengan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton bangkit berjuang dari tempat ke-10 untuk mengesahkan kedudukan satu dua milik Mercedes.

Pada perlumbaan yang bermula dengan kekacauan, apabila pelumba Ferrari Sebastian Vettel yang terbabas ke dinding, Rosberg tidak mempunyai masalah bermula dari petak hadapan menuju ke garisan penamat buat kali ke-18 dalam karier.

Pelumba Jerman itu menyamai pencapaian rakan senegara, Michael Schumacher yang memenangi tujuh perlumbaan berturut-turut, dengan hanya Vettel (sembilan pada tahun 2013 bersama Red Bull) dan pelumba Itali, Alberto Ascari berada di hadapan mereka.

Hamilton ketinggalan 25 saat di belakang Rosberg dengan pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen menduduki tempat ketiga selepas memenangi pertarungan dengan rakannya Valtteri Bottas.

Rosberg yang memenangi tiga perlumbaan terakhir 2015 dan kini empat pusingan awal 2016, mendahului juara dunia tiga kali Hamilton sebanyak 43 mata dengan 17 baki perlumbaan. - Reuters

Berita Harian X