Ahad, 15 Mei 2016 | 10:44pm

F1: Verstappen lakar kejutan, juarai GP Sepanyol

MAX Verstappen memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) pertamanya selepas mengungguli Grand Prix Sepanyol, malam ini. - Foto AP
MAX Verstappen memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) pertamanya selepas mengungguli Grand Prix Sepanyol, malam ini. - Foto AP

BARCELONA: Pelumba remaja sensasi Red Bull, Max Verstappen memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) pertamanya selepas mengungguli Grand Prix Sepanyol yang dipenuhi drama, malam ini.

Pelumba kelahiran Belanda berusia 18 tahun yang memulakan perlumbaan di petak keempat di Litar Catalunya itu menggunakan sebaiknya insiden yang membabitkan dua pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg seawal pusingan pertama.

Lebih mengagumkan, Verstappen berjaya mengawal ketenangannya sekalipun di saing sengit dua juara dunia dari Ferrari, Kimi Raikkonen dan Sebastien Vettel untuk pertama melepasi garisan perlumbaan dengan catatan 1 jam 41 minit 40.017 saat.

Kemenangan menyaksikan Verstappen kini memegang rekod pelumba termuda memenangi perlumbaan F1 menggantikan Vettel.

Dianggap sebagai permata berharga F1, Verstappen membuktikan dia mempunyai kualiti untuk bergelar juara dunia namun kemenangannya di Catalunya turut disebabkan strategi sempurna Red Bull.

Rakan sepasukan Verstappen, Daniel Ricciardo dalam pada itu terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat keempat, ketinggalan 43.9 saat di belakang pemenang.

"Ia menakjubkan, sukar untuk saya mempercayainya," kata bapa Verstappen, Jos yang juga bekas pelumba F1.

Pelumba Williams, Valtteri Bottas menamatkan perlumbaan di tempat kelima diikuti pelumba Toro Rosso, Carlos Sainz, Sergio Perez (Force India), Felipe Massa (Williams), Jenson Button (McLaren) dan Daniil Kvyat (Toro Rosso) melengkapkan kedudukan 10 terbaik. - AFP

Keputusan perlumbaan F1 GP Sepanyol

1. Max Verstappen (NED) Red Bull-Renault, 1 jam 41 minit 40.017 saat (s)

2. Kimi Raikkonen (FIN) Ferrari-Ferrari +0.6s

3. Sebastian Vettel (GER) Ferrari-Ferrari +5.5s

4. Daniel Ricciardo (AUS) Red Bull-Renault +43.9s

5. Valtteri Bottas (FIN) Williams-Mercedes +45.2s

6. Carlos Sainz Jr (ESP) Toro Rosso-Ferrari +61.3s

7. Sergio Perez (MEX) Force India-Mercedes +1m 19.6s

8. Felipe Massa (BRZ) Williams-Mercedes +1m 20.7s

9. Jenson Button (GBR) McLaren-Honda +1 pusingan

10. Daniil Kvyat (RUS) Toro Rosso-Ferrari +1 pusingan

11. Esteban Gutierrez (MEX) Haas-Ferrari +1 pusingan

12. Marcus Ericsson (SWE) Sauber-Ferrari +1 pusingan

13. Jolyon Palmer (GBR) Renault-Renault +1 pusingan

14. Kevin Magnussen (DEN) Renault-Renault +1 pusingan

15. Felipe Nasr (BRA) Sauber-Ferrari +1 pusingan

16. Pascal Wehrlein (GER) Manor-Mercedes +1 pusingan

17. Rio Haryanto (INA) Manor-Mercedes +1 pusingan

Gagal tamatkan perlumbaan

Romain Grosjean (FRA) Haas-Ferrari 56 pusingan

Fernando Alonso (ESP) McLaren-Honda 45 pusingan

Nico Hulkenberg (GER) Force India-Mercedes 20 pusingan

Nico Rosberg (GER) Mercedes-Mercedes 0 pusingan

Lewis Hamilton (GBR) Mercedes-Mercedes 0 pusingan

Berita Harian X