Isnin, 16 Mei 2016 | 8:34am

Benfica raih gelaran Liga Portugal

PEMAIN Benfica meraikan kemenangan liga Portugis ke-35 di Luz stadium di Lisbon. - Foto AFP
PEMAIN Benfica meraikan kemenangan liga Portugis ke-35 di Luz stadium di Lisbon. - Foto AFP

LISBON: Benfica mengatasi Sporting Lisbon untuk mencipta rekod gelaran Liga Portugal ke-35 selepas membelasah Nacional 4-1 di laman sendiri pada hari terakhir Liga Primeira, semalam.

Benfica menuju ke hari terakhir dua mata di depan Sporting, tetapi memerlukan kemenangan untuk menjamin gelaran berikutan rekod pertemuan yang lebih memihak kepada musuh tradisi itu.

"Ia adalah kemenangan yang bergaya," kata jurulatih Benfica Rui Vitoria kepada pemberita.

Nicolas Gaitan menghilangkan gementar awal tuan rumah dengan jaringan pembukaan pada minit ke-23, sebelum ledakan Jonas (m-39) dan jaringan kedua Gaitan di babak kedua mendorong sambutan awal di Estadio da Luz.

Pizzi menambah jaringan keempat Benfica, yang merangkul gelaran ketiga berturut-turut buat kali pertama sejak 1977, sebelum Nacional meraih gol sagu hati menerusi Salvador Agra.

Sporting pula mudah membenam pasukan tangga keempat Braga 4-0 hasil sumbangan Teofilo Gutierrez, Islam Slimani dan jaringan berganda oleh Bryan Ruiz, tetapi ia tidak mencukupi untuk mengatasi Benfica. - REUTERS

Berita Harian X