Ahad, 5 Jun 2016 | 12:48am

Mohd Hariff kuasai Cabaran Berbasikal FELDA

KUALA LUMPUR: Pemenang dua pingat emas Sukan SEA Singapura, Mohd Hariff Salleh nyata berada di kelas tersendiri apabila menjuarai Sirkit ke-3 Cabaran Berbasikal FELDA 2016 di Kota Tinggi, Johor.

Mohd Hariff menamatkan perlumbaan sejauh 103 kilometer (km) dengan masa 2 jam 33 minit 43.194 saat sekali gus meletakkan namanya di tempat kedua keseluruhan, di belakang seorang lagi wakil TSG, Mohd Shahrul Mat Amin.

PELUMBA dari Terengganu Cycling System (TSG), Mohd Hariff Salleh. - Foto Muhd Asyraf Sawal
PELUMBA dari Terengganu Cycling System (TSG), Mohd Hariff Salleh. - Foto Muhd Asyraf Sawal

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu yang juga juara tiga peringkat Jelajah Thailand sebelum ini nyata lebih berpengalaman untuk mengatasi pencabar lain termasuk rakan sepasukannya, Che Ku Mohammad Nazmie Che Ku Romli di tempat kedua (2j 33m 43.253s).

Kejayaan ini pasti menjadi suntikan semangat ketika Hariff memerlukan lebih banyak kejohanan untuk memastikan prestasinya kekal pada tahap terbaik.

"Aksi seseorang pelumba basikal sedikit terbatas apabila mula memasuki usia 31 tahun. Ini masa terbaik buat saya membuktikan kemampuan sebenar.

"Saya perlu kekal konsisten dalam semua kejohanan yang disertai sebagai persiapan sebelum Sukan SEA di Kuala Lumpur. Apa pun, kejohanan ini nyata membantu saya baiki prestasi semasa," kata Hariff.

Keputusan kategori lelaki elit:

1. Mohd Hariff Salleh 2j 33:43.194s

2. Che Ku Mohammad Nazmie Che Ku Romli 2j 33:43.253s

3. Che Ku Mohamad Syamil Cheku Romli 2j 34:32.481s

4. Shahrul Mat Amin 2j 34:32.709s

5. Mohd Nur Aiman 2j 34:37.513s

6. Mohd Fadhli 2j 35:20.759s

7. Muhd Zulfakri Hamdan 2j 35:20.825s

8. Mohd Asri Mohd Amin 2j 35:23.885s

9. Asyraf Naim Ying 2j 39:58.314s

10. Anuar Manan 2j 44:19.177s

Berita Harian X