Selasa, 7 Jun 2016 | 3:09pm

Kelantan wajib langsai hutang sebelum 30 Julai

KELANA JAYA: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diberi tempoh sehingga 30 Julai ini bagi menyelesaikan tunggakan gaji empat bulan bernilai RM355,709.40 membabitkan lima bekas pemainnya.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin, mengesahkan perkembangan terbabit ketika ditemui selepas tamat Mesyuarat Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Wisma FAM, sebentar tadi.

Begitupun, Abdul Aziz berkata, tuntutan gaji sebulan berjumlah RM75,179.50 yang sepatutnya dilunaskan pada Mei lalu perlu diselesaikan oleh KAFA sebelum 30 Jun ini.

Sementara bakinya yang membabitkan tuntutan tiga bulan gaji bernilai RM280,529.75 pula perlu dibayar kepada lima pemain terbabit sebelum 30 Julai.

Aziz turut menegaskan kegagalan KAFA menyelesaikan tuntutan gaji terbabit sehingga ke tempoh yang diberikan akan menyebabkan kes dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Berita Harian X