Isnin, 13 Jun 2016 | 4:44am
PELUMBA Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton meraikan kejayaan menjuarai perlumbaan Formula Satu Grand Prix Kanada, awal pagi tadi. - Foto AFP
PELUMBA Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton meraikan kejayaan menjuarai perlumbaan Formula Satu Grand Prix Kanada, awal pagi tadi. - Foto AFP

F1: Hamilton takluk GP Kanada

MONTREAL: Lewis Hamilton memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Kanada sekali gus merakam kemenangan kedua berturut-turut, musim ini.

Kemenangan terbabit adalah kemenangan kelima pelumba kelahiran Britain itu di Litar Gilles Villeneuve dan kemenangan ke-45 sepanjang karier dalam perlumbaan elit itu.

Hamilton yang memandu untuk pasukan Mercedes AMG PETRONAS bermula di petak pertama namun pelumba Ferrari, Sebastien Vettel mendahului separuh perlumbaan.

Begitupun, juara dunia empat kali itu kehilangan kedudukannya selaku pendahulu selepas memasuki pit pada pusingan ke-38 sekali gus terpaksa menghambat Hamilton untuk baki 32 pusingan.

Kemenangan itu meletakkan Hamilton kini hanya ketinggalan sembilan mata di belakang rakan sepasukan Mercedes, Nico Rosberg yang menamatkan perlumbaan di tangga kelima.

"Terapung seperti rama-rama, menyengat umpama lebah. Kemenangan ini untuk Ali," kata Hamilton di radio pasukan selepas melintasi garisan penamat. - AP

Keputusan GP Kanada

1. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes

2. Sebastian Vettel (Jerman) Ferrari

3. Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes

4. Max Verstappen (Belanda) Red Bull

5. Nico Rosberg (Jerman) Mercedes

6. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari

7. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull

8. Nico Huelkenberg (Jerman) Force India - Mercedes

9. Carlos Sainz Jr (Sepanyol) Toro Rosso - Ferrari

10. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes

* 10 terbaik

Berita Harian X