Jumaat, 22 Julai 2016 | 1:08am

United ada pilihan lain jika gagal sambar Pogba

JOSE Mourinho (kiri) Paul Pogba.
JOSE Mourinho (kiri) Paul Pogba.

LONDON: Jose Mourinho memberi amaran kepada Juventus, yang Manchester United mempunyai pilihan lain jika gagal menandatangani Paul Pogba dengan rekod yuran perpindahan dunia bernilai STG100 juta (RM535.3 juta).

Difahamkan, skuad The Red Devils sudah meningkatkan nilai tawaran mereka bagi mendapatkan khidmat Pogba kepada STG92 juta (RM492.5 juta), namun Juventus mengharapkan bayaran yang lebih tinggi dan mahu pemain tengah itu menandatangani kontrak baharu di Itali.

Mourinho tidak menafikan minat United bagi mendapatkan pemain yang meninggalkan kelab itu pada 2012, tetapi menegaskan ada tiga lagi pemain yang menepati kriteria diperlukan untuk menjadi pemain keempat dibawa masuk dalam usahanya melaksanakan transformasi di Old Trafford.

Nemanja Matic yang beraksi di bawah kendalian Mourinho ketika di Chelsea dikatakan menjadi satu lagi pilihan pengendali kelahiran Portugal itu, selain pemain Paris Saint-Germain, Blaise Matuidi. - AGENSI

Berita Harian X