Jumaat, 29 Julai 2016 | 11:13am
PELARI pecut Perak, Noor Eewan Syafiqah Mohd Sabri (dua kiri) memenangi acara 200 meter wanita pada saingan final di Stadium Sarawak, dekat sini, sebentar tadi. - Foto Osman Adnan
PELARI pecut Perak, Noor Eewan Syafiqah Mohd Sabri (dua kiri) memenangi acara 200 meter wanita pada saingan final di Stadium Sarawak, dekat sini, sebentar tadi. - Foto Osman Adnan

Noor Eewan raih emas 200m SUKMA, catat rekod baharu

KUCHING: Pelari pecut Perak, Noor Eewan Syafiqah Mohd Sabri memenangi acara 200 meter wanita pada saingan final di Stadium Sarawak, dekat sini, sebentar tadi, dengan catatan 24.31s.

Catatannya itu juga sekali gus memecahkan rekod kejohanan dipegang oleh pelari Negeri Sembilan, Petra Nabila Mustafa, 24.37s yang dirakamkan 14 tahun lalu.

Pingat perak menjadi milik rakan sepasukannya, Shereen Samson Vallabouy dengan catatan 25.02s.

Pelari Sabah, Fathin Faqihah Mohd Yusuf meraih gangsa dengan catatan, 25.50s.

Berita Harian X