X
Jumaat, 5 Ogos 2016 | 8:02am

Olimpik: Empat peninju terus ke pusingan kedua

PENINJU middleweight Amerika Syarikat, Claressa Shields. - Foto AP
PENINJU middleweight Amerika Syarikat, Claressa Shields. - Foto AP

RIO DE JANEIRO: Empat daripada lima pemenang pingat emas acara tinju Olimpik yang bertanding di Rio de Janeiro akan mendapat bye pusingan pertama dalam kempen mempertahankan kejuaraan mereka.

Undian acara tinju Olimpik dilakukan semalam menjelang pertandingan selama 16 hari yang membabitkan 286 peninju bermula esok (Ahad pagi waktu Malaysia).

Ketiga-tiga peninju wanita dari London mendapat bye, di mana mereka hanya perlu memenangi satu perlawanan untuk menjamin sekurang-kurangnya pingat gangsa.

Peninju middleweight Amerika Syarikat (AS), Claressa Shields; peninju lightweight Ireland, Katie Taylor; dan peninju flyweight British, Nicola Adams akan mempertahankan kejuaraan mereka di Rio.

Roneil Iglesias dari Cuba memenangi emas light welterweight di London, dan dia mendapat bye pusingan pertama di Rio dalam kategori welterweight.

Seorang lagi pemenang emas dari Cuba, Robeisy Ramirez dalam kategori bantamweight, bertemu Shiva Thapa dari India pada pusingan pembukaan dalam usaha mempertahankan emasnya. - AP

Berita Harian X