X
Rabu, 10 Ogos 2016 | 9:01am

Olimpik: Peninju Iraq bangga walaupun tewas

PENINJU Iraq, Waheed Abdulridha (kiri) bertemu peninju Mexio, Rodriguez dalam kategori kategori Middleweight. - Foto REUTERS
PENINJU Iraq, Waheed Abdulridha (kiri) bertemu peninju Mexio, Rodriguez dalam kategori kategori Middleweight. - Foto REUTERS

RIO DE JANEIRO: Seorang tentera Iraq yang juga wakil tunggal negara yang sebelum ini berdepan dengan konflik perang tewas dalam aksi tinju di Olimpik Rio, tetapi dia masih berbangga walaupun gagal melepasi pusingan pertama, hari ini.

Waheed Abdulridha yang juga pembawa bendera Iraq di majlis perasmian pada Sabtu lalu, bermula bagus tetapi kemudian ditenggelami kehebatan peninju Mexico, Uziel Rodriguez dalam pertemuan kategori Middleweight.

Peninju berumur 33 tahun itu meletakkan tangan di kepalanya seolah-olah tidak percaya dengan kekalahan itu dan berkata dia sudah melakukan segala-galanya untuk menang.

Namun, peninju yang berpangkalan di Baghdad itu menegaskan dia merasa bangga dapat bertarung mewakili Iraq di pentas sukan terbesar itu.

"Saya mengawal perlawanan dan tidak tahu bagaimana dia menang sebenarnya," katanya. "Saya tidak tahu bagaimana saya kalah."

Abdulridha menyertai sukan tinju ketika umurnya enam tahun, bermula dengan menumbuk dinding dan berlatih di ibu negara Iraq.

"Tinju adalah pertarungan, sama seperti peperangan melawan keganasan. Saya hanya mahukan keamanan buat negara saya," katanya. - AFP

Berita Harian X