X
Ahad, 4 September 2016 | 12:14am
 PELUMBA tuan rumah, Cal Crutchlow akan memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Britain di petak pertama.
PELUMBA tuan rumah, Cal Crutchlow akan memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Britain di petak pertama.

GP Britain: Crutchlow sambar petak depan

SILVERSTONE: Pelumba tuan rumah, Cal Crutchlow akan memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Britain di petak pertama selepas mencatat masa terpantas pada sesi ujian kelayakan di Silverstone, sebentar tadi.

Masih segar dengan kejayaan meraih gelaran sulung MotoGP apabila menguasai perlumbaan yang berlangsung dalam hujan pada GP Republik Czech di Brno, bulan lalu, pelumba Honda itu merekodkan petak pertama ketiga sepanjang kerjayanya.

Kejayaan di Brno itu menyaksikan dia menjadi pelumba Britain pertama dalam tempoh 35 tahun menjuarai perlumbaan motosikal tertinggi dunia.

Pelumba berusia 30 tahun itu akan disertai pelumba veteran dari Itali, Valentino Rossi dari Yamaha dan Maverick Vinales yang menggalas cabaran pasukan Suzuki bagi memulakan perlumbaan di barisan pertama.

Dengan berbaki tujuh perlumbaan musim ini, Marc Marquez kekal di tangga teratas carta kejuaraan dunia dengan 197 mata, 53 mata berkelebihan di depan pencabar terdekat, Rossi.

MotoGP GP Britain

Keputusan ujian kelayakan

1. Cal Crutchlow (Britain) Honda 2:19.265

2. Valentino Rossi (Itali) Yamaha 2:20.263

3. Maverick Vinales (Sepanyol) Suzuki 2:20.514

4. Dani Pedrosa (Sepanyol) Honda 2:20.742

5. Marc Marquez (Sepanyol) Honda 2:20.779

6. Eugene Laverty (Ireland) Ducati 2:20.821

7. Scott Redding (Britain) Ducati 2:21.074

8. Andrea Iannone (Itali) Ducati 2:21.446

9. Jorge Lorenzo (Sepanyol) Yamaha 2:21.687

10. Andrea Dovizioso (Itali) Ducati 2:22.420

Berita Harian X