Jumaat, 16 September 2016 | 8:35am

Scholes bidas prestasi hambar Pogba

Paul Scholes (kiri) dan Paul Pogba.
Paul Scholes (kiri) dan Paul Pogba.

LONDON: Paul Scholes menjelaskan Paul Pogba yang ditandatangani Manchester United dengan rekod pemain termahal dunia tidak menunjukkan prestasi seperti pemain kelab itu yang dibeli dengan harga STG 89 juta (RM486 juta).

Selepas membuat penampilan di Old Trafford, Pogba bergelut dalam dua perlawanan terkini pasukannya dan yang terbaru ketika United kecundang 0-1 kepada Feyenoord dalam Liga Europa.

Kekalahan kedua Red Devils dalam seminggu dilihat berpunca daripada beberapa pemain simpanan United yang diberi peluang untuk beraksi di Belanda - Marcos Rojo, Morgan Schneiderlin dan Matteo Darmian - Scholes bagaimanapun lebih fokus kepada persembahan tidak berkesan Pogba.

"Ia adalah satu pergelutan kecil untuk dia (Pogba) setakat ini," katanya di BT Sport. "Malam ini, sekali lagi, bukan prestasi terbaiknya. Saya fikir ia akan datang. Ia masih hari yang sangat awal untuknya.

"Saya tidak pasti posisi apa yang dia bermain ketika ini. Adakah dia bermain di posisi saya? Adakah dia diberitahu untuk bermain di mana dia mahu?

"Dia seolah-olah bermain di semua posisi pada satu masa. Saya rasa dia cuba untuk mendapatkan seberapa banyak bola.

"Dia cuba untuk mengalahkan tiga atau empat pemain. Dia bergerak dengan bola. Dia perlu memastikan ia permainan yang mudah bermula dari sekarang.

"Itu bukan pemain yang mahu dibeli Manchester United. Mereka tidak membeli Lionel Messi bergerak dan menewaskan lima pemain dan melekat di sudut atas sepanjang masa.

"Mereka membeli pemain tengah yang kuat dan boleh mengawal. Dia mempunyai kemahiran, dia boleh membuat hantaran ke depan, dia boleh berlari." - Agensi

Berita Harian X