Sabtu, 15 Oktober 2016 | 3:30pm

Rossi sambar petak pertama GP Jepun

DARI kiri; Valentino Rossi dari pelumba Movistar Yamaha, Marc Marquez dari Repsol Honda dan Jorge Lorenzo dari Movistar Yamaha di sidang akhbar kelmarin. - Foto EPA
DARI kiri; Valentino Rossi dari pelumba Movistar Yamaha, Marc Marquez dari Repsol Honda dan Jorge Lorenzo dari Movistar Yamaha di sidang akhbar kelmarin. - Foto EPA

MOTEGI: Pelumba sensasi Yamaha, Valentino Rossi menyambar petak depan Grand Prix Jepun, dengan rakan sepasukannya Jorge Lorenzo bangkit daripada insiden ngeri pada sesi latihan bebas untuk memulakan aksi di petak ketiga.

Rossi yang kini menghuni tangga kedua kejuaraan dengan 52 mata di belakang Marc Marquez, merakam masa sepusingan 1 minit 43.954 saat (s), untuk memintas pencabar dari Sepanyol di saat-saat terakhir.

Rakan sepasukan Rossi, Lorenzo sebelum itu mengelak daripada kecederaan serius selepas jenteranya terbabas ketika mengambil selekoh menyebabkan ia melambung ke udara sebelum menimpa dirinya sendiri.

Pelumba Sepanyol itu segera dibawa ke hospital berhampiran untuk menjalani ujian tetapi kemudiannya kembali beraksi, mengetepikan kesakitan untuk menyambar garisan depan di sebelah Marquez.

"Saya fikir saya mengalami kecederaan kaki kiri tetapi rupa-rupanya hanya kecederaan otot," katanya. "Memang sangat sakit... Saya bagaimanapun sudah melupakan mengenai insiden itu dan kesakitan yang ditanggung."

Keputusan sesi kelayakan Grand Prix Jepun

1. Valentino Rossi (Itali) Yamaha 1:43.954

2. Marc Marquez (Sepanyol) Honda 1:44.134

3. Jorge Lorenzo (Sepanyol) Yamaha 1:44.221

4. Andrea Dovizioso (Itali) Ducati 1:44.294

5. Cal Crutchlow (Britain) Honda 1:44.402

6. Aleix Espargaro (Sepanyol) Suzuki 1:44.494

7. Maverick Vinales (Sepanyol) Suzuki 1:44.539

8. Hector Barbera (Sepanyol) Ducati 1:44.980

9. Pol Espargaro (Sepanyol) Yamaha 1:45.232

10. Danilo Petrucci (Itali) Ducati 1:45.782

Berita Harian X