Khamis, 27 Oktober 2016 | 5:05pm

Bernhardt panggil 6 muka baharu

JURULATIH Bawah 22 Negara, Frank Bernhardt semasa sesi latihan di Padang MSN Bukit Jalil. - Foto Hasriyasyah Sabudin
JURULATIH Bawah 22 Negara, Frank Bernhardt semasa sesi latihan di Padang MSN Bukit Jalil. - Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Enam muka baharu dipanggil menjalani kem latihan pusat kendalian ketua jurulatih Frank Bernhardt pada 5 November ini, sebagai persediaan awal menghadapi Sukan SEA 2017.

Mereka yang dipanggil menyertai kem latihan skuad Projek Sukan SEA 2017 itu ialah Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak), Tommy Mawat Anak Bada (Sarawak), S Kumaahran (Pulau Pinang), Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) dan Adam Nor Azlin (Selangor).

Sukan SEA 2017 dijadual berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos di Kuala Lumpur.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini, berkata Berhandt mengekalkan 19 daripada 23 pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat sebelum ini, bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa menentang pasukan kebangsaan Brunei pada 6 dan 8 Oktober lepas.

Sementara itu, dua pemain - Damien Lim Chien Khai (Selangor) dan M Kogileswaran Raj (Pahang), diletakkan dalam senarai menunggu jika mana-mana dalam kalangan 25 pemain terpilih mengalami kecederaan.

Senarai 25 Pemain:

Muhammad Haziq Nadzli (PDRM), Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Kelantan), Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), R.Dinesh (Pahang), Muhammad Syahmi Safari (Selangor), Dominic Tan Jun Jin (JDT), Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak (JDT II), Mohamad Faris Shah Mohd Rosli (Kelantan), Mohd Adib Zainuddin (UiTM FC).

Muhamad Zulkhairi Zulkeply (UiTM FC), Muhammad Syazwan Zaipol Bahari (Perak), Muhammad Danial Ashraf Abdullah (Kelantan), Tommy Mawat Anak Bada (Sarawak), Muhammad Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri (Perak).

Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah), Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak), Muhd Jafri Muhammad Firdaus Chew (Pulau Pinang), Mohamed Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang), S.Kumaahran (Pulau Pinang), Adam Nor Azlin (Selangor), N.Thanabalan (Negeri Sembilan), Muhamad Arif Mohamed Anwar (Kuala Lumpur), Muhammad Syafiq Ahmad (Kedah). - BERNAMA

Berita Harian X