Rabu, 9 November 2016 | 12:05pm

Tunku Ismail diiktiraf Ahli Kehormat WFS

TUNKU Ismail Sultan Ibrahi. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
TUNKU Ismail Sultan Ibrahi. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

KUALA LUMPUR: Selepas dijemput berucap pada Persidangan Bola Sepak Dunia (WFS) yang berlangsung di Sepanyol pada 27 hingga 28 Oktober lalu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapat penghormatan tertinggi apabila diiktiraf sebagai ahli kehormat badan dunia itu.

Persidangan antarabangsa berkenaan yang dihadiri oleh jurucakap kelab-kelab besar seluruh dunia juga mencadangkan supaya WFS diadakan di Johor pada masa akan datang kepada pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.

"Ia sekali gus memberi pengiktirafan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di mata dunia apabila persidangan yang pastinya dihadiri oleh tokoh-tokoh terkemuka dan berpengaruh dalam sukan bola sepak diadakan di Johor bagi membincangkan kemajuan bola sepak sesama mereka," kata satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook JOHOR Southern Tigers sebentar tadi.

Berita Harian X