Ahad, 13 November 2016 | 10:33pm

MotoGP: Lorenzo unggul di Valencia

JORGE Lorenzo di Grand Prix Valencia sebentar tadi - perlumbaan terakhir musim ini. - Foto AFP
JORGE Lorenzo di Grand Prix Valencia sebentar tadi - perlumbaan terakhir musim ini. - Foto AFP

VALENCIA: Juara dunia tiga kali Jorge Lorenzo mengakhiri karier sembilan tahun bersama Yamaha dengan kemenangan di Grand Prix Valencia sebentar tadi - perlumbaan terakhir musim ini.

Penunggang Sepanyol itu memulakan perlumbaan dari petak depan dan melintasi garisan penamat di hadapan juara dunia Marc Marquez dari Honda dan Andrea Iannone (Ducati) yang menduduki tempat ketiga.

Lorenzo, yang akan menyertai Ducati musim depan, menamatkan kejuaraan di tangga ketiga keseluruhan di belakang Marquez dan rakan sepasukan Yamaha, Valentino Rossi yang menduduki tangga keempat. - AFP

Keputusan MotoGP:

1. Jorge Lorenzo (Sepanyol) Yamaha 45:54.228 2. Marc Marquez (Sepanyol) Honda 45:55.413 3. Andrea Iannone (Itali) Ducati 46:00.831 4. Valentino Rossi (Itali) Yamaha 46:01.896 5. Maverick Vinales (Sepanyol) Suzuki 46:04.838 6. Pol Espargaro (Sepanyol) Yamaha 46:12.606 7. Andrea Dovizioso (Itali) Ducati 46:12.645 8. Aleix Espargaro (Sepanyol) Suzuki 46:12.906 9. Bradley Smith (Britain) Yamaha 46:20.221 10. Alvaro Bautista (Sepanyol) Aprilia 46:29.293 11. Hector Barbera (Sepanyol) Ducati 46:30.653 12. Danilo Petrucci (Itali) Ducati 46:36.643 13. Stefan Bradl (Jerman) Aprilia 46:44.051 14. Scott Redding (Britain) Ducati 46:46.263 15. Jack Miller (Australia) Honda 46:49.853

Berita Harian X