Selasa, 15 November 2016 | 3:16pm

IOC sokong usaha Qatar bida anjur Sukan Olimpik

 THOMAS Bach.
THOMAS Bach.

DOHA: Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach berkata, dia boleh 'membayangkan' Qatar akan membida untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada masa depan.

"Prosedur untuk Sukan Olimpik seterusnya sedang dijalankan dan saya boleh membayangkan satu hari nanti Qatar akan menjadi calon untuk menganjurkan Sukan Olimpik," kata Bach.

Dia bercakap di ibu negara Qatar, Doha, venue untuk Perhimpunan Agung Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan, yang bermula esok.

Dia adalah bos terkini olahraga dunia yang memberi sokongan kepada usaha Qatar melancarkan bidaan menganjurkan temasya itu.

Julai lalu, Presiden Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), Sebastian Coe berkata Sukan Olimpik Qatar adalah tidak mustahil.

Dia menambah bahawa bos Olimpik boleh memasukkan sukan itu ke dalam kalendar tahunan jika negara Teluk itu berjaya menyediakan infrastruktur untuk mengelak haba pada musim panas.

Qatar, yang akan menjadi hos kepada penganjuran Piala Dunia 2022 secara terbuka menyatakan akan berusaha untuk membida Sukan Olimpik pada masa depan yang berkemungkinan menjadi pencabar pada 2028.

Usaha Qatar tidak berjaya membida untuk penganjuran pada 2016 dan 2020., namun Qatar akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Olahraga Dunia edisi 2019. - AFP

Berita Harian X