Sabtu, 26 November 2016 | 11:50pm
AKSI Lewis Hamilton ketika sesi kelayakan. - Foto AP
AKSI Lewis Hamilton ketika sesi kelayakan. - Foto AP

Hamilton raih petak utama di GP Abu Dhabi

PEMANDU Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton. - Foto EPA
PEMANDU Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton. - Foto EPA

ABU DHABI: Lewis Hamilton mengungguli sesi kelayakan penuh dramatik perlumbaan penutup tirai Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Abu Dhabi, hari ini sekali gus mengecewakan rakan sepasukannya dari Mercedes AMG PETRONAS, Nico Rosberg.

Hamilton yang memerlukan kemenangan untuk berpeluang mengekalkan kejuaraan dunia buat kali ketiga berturut-turut mencatat masa terpantas 1 minit 38.755 saat (s) sekali gus merangkul petak pertama di Litar Yas Marina yang sudah dua tahun dikuasai Rosberg.

Prestasi cemerlang yang ditampilkan pelumba kelahiran Britain itu meneruskan peluangnya untuk merangkul kemenangannya di perlumbaan penutup tirai F1 kali ini, namun dia perlu berharap Rosberg tidak menamatkan perlumbaan di kedudukan podium.

"Saya tidak melakukan kesilapan terutama pada selekoh pertama dan selepas itu, saya berjaya mengawal keadaan sepenuhnya," kata Hamilton yang ketika ini ketinggalan 12 mata di belakang Rosberg.

"Setakat ini, ia minggu yang hebat. Saya memiliki jentera yang benar-benar hebat, dengan kerja yang hebat yang dilakukan oleh jurutera dan mekanik yang juga melakukan kerja yang menakjubkan."

Keputusan yang dilakar Hamilton ketika sesi kelayakan turut mendapat pujian Pengerusi Bukan Eksekutif Mercedes, Niki Lauda.

"Lewis melakukan kerja yang menakjubkan, benar-benar menakjubkan. Tiada apa yang boleh kamu katakan lagi," kata legenda F1 itu.

Petak pertama di Yas Marina adalah yang ke-12 untuk Hamilton musim ini dan ketiga di litar sama selain yang ke-61 sepanjang kariernya.

Namun paling utama, ia menamatkan harapan Rosberg untuk merekodkan petak pertama ketiga berturut-turut di Abu Dhabi.

"Saya datang ke sini untuk mendapatkan petak pertama dan memenangi perlumbaan jadi saya tidak begitu gembira dengan hari ini. Namun Lewis melakukan kerja yang hebat," kata Rosberg.

"Saya merasa bagus di sini dan mempunyai keseimbangan serta pusingan yang baik namun pada penghujungnya, ia tidak cukup baik," kata pelumba kelahiran Jerman itu.

Pelumba Red Bull dan Australia, Daniel Ricciardo mencatat masa ketiga terpantas mengatasi dua pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen dan Sebastian Vettel.

Rakan sepasukannya yang juga pelumba muda sensasi Belanda, Max Verstappen mencatat masa keenam terpantas. - Reuters

Keputusan sesi kelayakan GP Abu Dhabi

1. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 1:38.755s

2. Nico Rosberg (Germany) Mercedes 1:39.058s

3. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull - TAG Heuer 1:39.589s

4. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 1:39.604s

5. Sebastian Vettel (Germany) Ferrari 1:39.661s

6. Max Verstappen (Netherlands) Red Bull - TAG Heuer 1:39.818s

7. Nico Huelkenberg (Germany) Force India - Mercedes 1:40.501s

8. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes 1:40.519s

9. Fernando Alonso (Spain) McLaren 1:41.106s

10. Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes 1:41.213s

11. Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes 1:41.084s

12. Jenson Button (Britain) McLaren 1:41.272s

13. Esteban Gutierrez (Mexico) Haas - Ferrari 1:41.480s

14. Romain Grosjean (France) Haas - Ferrari 1:41.564s

15. Jolyon Palmer (Britain) Renault 1:41.820

16. Pascal Wehrlein (Germany) Manor - Mercedes 1:41.995s

17. Daniil Kvyat (Russia) Toro Rosso - Ferrari 1:42.003s

18. Kevin Magnussen (Denmark) Renault 1:42.142s

19. Felipe Nasr (Brazil) Sauber - Ferrari 1:42.247s

20. Esteban Ocon (France) Manor - Mercedes 1:42.286s

21. Carlos Sainz Jr (Spain) Toro Rosso - Ferrari 1:42.393s

22. Marcus Ericsson (Sweden) Sauber - Ferrari 1:42.637s

Berita Harian X