Sabtu, 10 Disember 2016 | 7:52am

Semua sampel atlet Russia diuji

PRESIDEN OIC, Thomas Bach (kiri) akan mendedahkan setiap sampel Russia dari London 2012 akan diuji semula. - Foto https://www.rte.ie
PRESIDEN OIC, Thomas Bach (kiri) akan mendedahkan setiap sampel Russia dari London 2012 akan diuji semula. - Foto https://www.rte.ie

LAUSANNE: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan menguji semua sampel atlet Russia yang mengambil bahagian dalam temasya Sukan Olimpik London 2012.

Presiden IOC, Thomas Bach berkata ini berikutan laporan menunjukkan lebih daripada 1,000 atlet negara itu terbabit dalam konspirasi menyembunyikan ujian dadah yang positif.

"Susulan penemuan oleh Profesor (Richard) McLaren, saya melanjutkan mandat suruhanjaya disiplin untuk menguji semua sampel atlet Russia yang mengambil bahagian di Sukan Olimpik London 2012," katanya. - Reuters

Berita Harian X