Rabu, 14 Disember 2016 | 10:39am

Lewandowski kekal di Bayern hingga 2021

Kapten Poland juga penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski - Foto ESPN FC
Kapten Poland juga penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski - Foto ESPN FC

BERLIN: Kapten Poland, Robert Lewandowski berkata, dia gembira membaharui lanjutan kontrak selama dua tahun bersama Bayern Munich selepas menandatangani perjanjian sehingga 30 Jun 2021.

Pemain berumur 28 tahun itu menjaringkan 42 gol dalam Bundesliga musim lalu dalam semua kejohanan dan akhbar Jerman, Bild menggambarkan dia diberikan kontrak baru dengan anggaran 15 juta euro (RM70.68 juta) setahun.

"Saya sangat gembira perbincangan ini sudah memperoleh keputusan yang positif dan saya akan terikat bersama FC Bayern buat beberapa tahun," kata Lewandowski.

"Kami mempunyai matlamat besar yang sama."

Pemain utama itu menjaringkan 19 gol setakat musim ini termasuklah dua ketika kemenangan 5-0 kepada Wolfsburg yang menghantar Bayern kembali ke kedudukan teratas Bundesliga pada hujung minggu lalu.

Lewandowski menyertai Bayern pada 2014 dengan kontrak percuma daripada Borussia Dortmund.

Sejak itu dia menjaringkan 89 gol buat Bayern dalam 122 perlawanan, termasuklah menjaringkan 58 kali dalam 77 perlawanan Bundesliga.

Dia juga adalah penjaring terbanyak Bundesliga pada musim lalu dengan 30 gol, dan turut menerima anugerah yang sama pada 2013/14 bersama Dortmund apabila menjaringkan 20 gol. - AFP

Berita Harian X