Isnin, 26 Disember 2016 | 7:06pm
PESERTA perahu layar. - Foto hiasan/Noor Hidayah Tanzizi
PESERTA perahu layar. - Foto hiasan/Noor Hidayah Tanzizi

Pusat latihan perahu layar dapat kemudahan baharu

ALOR SETAR: Persiapan skuad perahu layar negara menghadapi Sukan SEA 2017 terus diperkukuhkan dengan pusat latihan mereka di Pulau Langkawi bakal menerima peralatan gimnasium yang baharu bulan depan.

Penyelia Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Nabil Fikkri Mohamed Fauzi, berkata sudah tiba masanya peralatan di gimnasium itu yang menjadi medan latihan utama 38 atlet perahu layar negara, ditambah baik.

"Kita jangka semua kerja ubah suai di gimnasium itu selesai pada akhir Januari ini dan masa itu sangat tepat memandangkan pelayar kita sangat memerlukan kemudahan gimnasium yang dinaik taraf," katanya.

Nabil Fikkri berkata, antara peralatan baharu yang dibawa masuk ialah beberapa jenis treadmill, weight plate, fitness bench serta basikal statik untuk kegunaan latihan fizikal.

"Ada juga beberapa peralatan yang ditambah jumlahnya bagi memudahkan atlet berlatih dengan lebih baik terutama menghadapi Sukan SEA 2017 serta pertandingan antarabangsa yang lain," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X