Ahad, 1 Januari 2017 | 1:53am

Willian bantu Chelsea cipta kemenangan ke-13 liga

PEMAIN Chelsea, Willian diasak pemain Stoke City,Ibrahim Afellay (kiri) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London, sebentar tadi. - Foto AFP
PEMAIN Chelsea, Willian diasak pemain Stoke City,Ibrahim Afellay (kiri) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London, sebentar tadi. - Foto AFP

LONDON: Chelsea menyamai rekod 13 kemenangan berturut-turut dalam semusim Arsenal di Liga Perdana Inggeris ketika dua jaringan Willian memberi inspirasi kemenangan 4-2 mengatasi Stoke sebentar tadi.

Skuad kendalian Antonio Conte melalui petang yang sukar sebanyak dua kali selepas pelawat menyamakan kedudukan di Stamford Bridge, namun mereka masih berupaya menyamai catatan Arsenal dilakukan pada 2001-02 bagi memastikan mereka melangkah ke tahun baharu dengan kelebihan besar di persada liga.

Tandukan Gary Cahill meletakkan Chelsea di depan sebelum rehat namun Bruno Martins Indi menyamakan kedudukan selepas rehat sebelum Willian kembali membawa pasukannya di depan.

Peter Crouch kemudiannya memberikan gol penyamaan Stoke sebelum Willian menjaringkan gol sekali lagi sejurus selepas itu sebelum Diego Costa menjaringkan gol kemenangan.

Sementara itu, Paul Pogba dan Anthony Martial menjaringkan gol lewat permainan ketika Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Middlesbrough 2-1 dan menyelamatkan Jose Mourinho daripada malu kekalahan berdepan bekas pembantunya, Aitor Karanka.

Islam Slimani pula menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika juara bertahan Leicester City menewaskan West Ham United 1-0 untuk mendaki enam mata daripada zon penyingkiran.

Kemenangan kelima Leicester dalam 19 perlawanan liga meletakkan mereka di tangga ke-15 dengan 20 dan menamatkan tiga kemenangan buat West Ham.

Berita Harian X